Wednesday, March 6, 2013

FUNGSI DAN KEBAIKAN OSTEMATRIX SHAKLEE




OsteMatrix dikenali sebagai supplement khas terutamanya untuk mereka yang kekurangan kalsium,magnesium dan vitamin D.


FUNGSI DAN KEBAIKAN:

*OsteMatrix khas untuk kesihatan tulang dan gigi yang kuat.
*Membantu mengekalkan tekanan darah yang normal
*Membantu dalam pengecutan otot dan pelancaran saraf
*Membantu mengurangkan simptom senggugut spt perut kembung,kekejangan,retensi air,mudah meradang dan kemurungan

OSTEMATRIX MEMBEKALKAN:

~1,000 mg (100% DV) unsur kalsium daripada sumber-sumber semulajadi yang pekat dan mudah diserap
~400 mg (100% DV) magnesium untuk membantu menggabungkan kalsium ke dalam tulang dan menguatkan mereka
~400 IU vitamin D (100% DV) untuk merangsang penyerapan kalsium

CARA PENGAMBILAN:

4 biji sehari selepas makan.

HUBUNGI SAYA UNTUK HARGA DAN DETAIL.

Tuesday, June 26, 2012

Vitamin - Pengalaman hampir 20 tahun.

Hari ini perkataan 'vitamin' sudah menjadi sesuatu yang lazim. Perkataan vitamin ini juga muncul di lembaran hampir setiap bungkusan makanan dan minuman yang di jual di rak-rak pasaraya. Malah perkataan vitamin ini juga telah pun dimasukkan ke dalam sistem pendidikan formal dan juga telah di sertakan dalam sukatan pelajaran kursus perubatan dan yang berkaitan.

Tetapi berapa peratuskah dari penduduk di dunia ini yang benar-benar mengetahui dan memahami apa itu vitamin?
Dan jika kita kecilkan skop statistik ini kepada penduduk di negara kita, Malaysia yang tercinta ini, berapakah agaknya peratusan individu yang benar-benar menyedari betapa vitamin ini teramat penting untuk tubuh badan menjalankan aktiviti biokimia dan fisiologi dengan sempurna, seterusnya mengelakkan pelbagai bentuk ketidakseimbangan  dalam badan?
Seterusnya, berapa ramai pula yang benar-benar mengamalkan pengambilan vitamin yang tepat mengikut keperluan harian untuk kemaslahatan fizikal?