Tuesday, June 26, 2012

Vitamin - Pengalaman hampir 20 tahun.

Hari ini perkataan 'vitamin' sudah menjadi sesuatu yang lazim. Perkataan vitamin ini juga muncul di lembaran hampir setiap bungkusan makanan dan minuman yang di jual di rak-rak pasaraya. Malah perkataan vitamin ini juga telah pun dimasukkan ke dalam sistem pendidikan formal dan juga telah di sertakan dalam sukatan pelajaran kursus perubatan dan yang berkaitan.

Tetapi berapa peratuskah dari penduduk di dunia ini yang benar-benar mengetahui dan memahami apa itu vitamin?
Dan jika kita kecilkan skop statistik ini kepada penduduk di negara kita, Malaysia yang tercinta ini, berapakah agaknya peratusan individu yang benar-benar menyedari betapa vitamin ini teramat penting untuk tubuh badan menjalankan aktiviti biokimia dan fisiologi dengan sempurna, seterusnya mengelakkan pelbagai bentuk ketidakseimbangan  dalam badan?
Seterusnya, berapa ramai pula yang benar-benar mengamalkan pengambilan vitamin yang tepat mengikut keperluan harian untuk kemaslahatan fizikal?


No comments:

Post a Comment